OGY
Alumni Sekolah
Johor Bahru
20-05-2012
   Imsak 05:25 am
   Subuh 05:35 am
   Syuruk 06:56 am
   Zohor 01:04 pm
   Asar 04:27 pm
   Maghrib 07:09 pm
   Isyak 08:22 pm
:: www.e-solat.gov.my ::
Sila cadangkan projek yang difikirkan sesuai
Tempahan Studio dan OB/OR
Tempat parking kereta yang tidak efisyen
Sistem arkib berita TV
Sistem arkib berita radio di website
Tempat simpanan (stor) yang tidak mencukupi
Kelewatan peralatan gantian kejuruteraan
    Keputusan...
 

Stesen Radio Johor Bahru
Stesen Johor Bahru ditubuhkan sebagai sebuah Stesen Pemancar. Keluasan 10 hektar dengan kuasa 10 kw. Pemancar gelombang sederhana

SEJARAH radio di Malaysia bermula pada 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor, Al Birch, membawa set radio pertama ke negara ini.

(Sumber : Arkib RTM )


|
|
|
|
| MUAT TURUN
Ahad 20-05-2012
06:00 Segar Pagi
10:00 Permata
14:00 Ekspresi
17:00 Mantap Lagi
20:00 Helo-helo
24:00 Klasik Nasional
<< Mei 2012 >>
A I S R K J S
    1 2 3 4 5
67 8 9 10 11 12
1314 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
2728 29 30 31    
Untitled Document
ULANGTAHUN PERTAHANAN AWAM KE 60

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia diakui mempunyai peranan yang penting dan utama dalam memberi perlindungan kepada penduduk awam di negara ini khususnya apabila negara dilanda krisi, bencana atau pun peperangan.

Sejarah menunjukkan aktiviti Pertahan Awam di negara ini telah bermula sejak tahun 1939 lagi, semuanya bermula apabila punca kuasa dari Emergency Regulation Enactment Chapter 41, sebuah pasukan Passive Defence dibentuk sebagai langkah untuk menghadapi Peperangan Dunia Kedua.

Ia diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Jabatan Pertahan Awam secara rasminya pada 24 mac 1952.Tarikh keramat ini memberi pahat sejarah Negara dalam pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu padu.

Hampir 98% perkhidmatan JPAM, baik dalam perkhidmatan MERS999, Pasukan Penyelamat pantai,operasi bencana dan khidmat kemanusiaan yang dilaksanakan JPAM adalah didukung oleh anggota sukarela. Tidak salah untuk menyatakan bahawa JPAM merupakan pasukan sukarelawan rakyat yang berada di barisan paling hadapan dalam menangani krisis, kecemasam dan bencana, baik bencana semula jadi mahupun akibat perbuatan manusia, di dalam sesuatu lokaliti di negara ini.
Penurunan indeks jenayah negara 11 peratus mampu tingkat keyakinan pelabur

Penurunan indeks jenayah sebanyak 11 peratus yang direkodkan tahun lalu membolehkan Malaysia diiktiraf oleh Indeks Keamanan Global 2011 sebagai antara negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara serta berada pada tempat ke-19 daripada 153 negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pencapaian itu adalah hasil tindakan proaktif polis dan agensi berkaitan menangani jenayah hingga berhasil mencatatkan penurunan melebihi sasaran lima peratus. “Pencapaian ini diiktiraf secara global apabila Indeks Keamanan Global 2011 meletakkan Malaysia di tangga 19 daripada 153 negara di dunia berbanding tempat 26 pada 2009.

Hasilnya menyebabkan masyarakat antarabangsa semakin yakin melabur yang menyaksikan pelaburan asing meningkat sebanyak RM33 bilion tahun lalu, mengatasi RM29 bilion yang dicapai sebelum kekangan ekonomi dunia pada 2007,” katanya semalam.

Beliau berucap pada Perasmian Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012 dan Lawatan Kerja Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), di sini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

Muhyiddin juga berkata, tugas mengurangkan kadar jenayah tidak hanya terletak pada kerajaan, sebaliknya rakyat memainkan peranan penting memelihara keselamatan awam dan individu supaya selamat daripada jenayah.

“Pembabitan masyarakat setempat adalah kritikal dalam memberi petunjuk dan penambahbaikan usaha menangani jenayah. Perkongsian pintar antara polis dan anggota awam melalui platform seperti RELA dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) adalah batu loncatan penting menjayakan usaha memerangi jenayah. Namun, dalam keghairahan mengurangkan kadar jenayah, Malaysia hendaklah menjadi negara yang sentiasa mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman bandar raya New York mengurangkan kes jenayah setiap 100,000 penduduk daripada 6,363 pada 1990 kepada 3,099 kes pada 2000 menunjukkan penambahbaikan drastik itu tidak mustahil dilakukan di Malaysia.

“Saya mahu petugas SRS dan ahli persatuan penduduk untuk turut sama terbabit dalam usaha memerangi jenayah demi menjaga kesejahteraan negara,” katanya.

Mengulas Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012, Timbalan Perdana Menteri berkata, 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah menerima peruntukkan berjumlah RM26.1 juta untuk melaksanakan langkah impak tinggi menerusi Program Bandar Selamat.

Ia membabitkan pengasingan laluan pejalan kaki daripada laluan bermotor, pemasangan cermin keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV), pencahayaan, penggera keselamatan dan pemetaan sistem maklumat geografi (GIS) jenayah.

Beliau berkata, pengurangan jenayah di Johor jauh lebih baik berbanding kadar pengurangan purata negara yang masing-masing sebanyak 7.7 dan 10.2 peratus bagi jenayah jalanan dan jenayah berat.

“Namun, kerajaan belum berpuas hati dan akan terus mempergiatkan langkah Program Bandar Selamat. Oleh itu, 108 CCTV, 965 lampu jalan serta 1,500 tempat letak motosikal berkunci sedang giat dirancang di sekitar bandar seluruh Johor tahun ini.

“Rekod prestasi negara maju menunjukkan pusat bandar akan membentuk nadi ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu, persekitaran bandar selamat dan tenteram mampu menarik penduduk berkemahiran tinggi untuk merebut peluang pelaburan dan pekerjaan,” katanya.
Komuniti 1 Malaysia

Komuniti 1 Malaysia adalah sebuah pertubuhan sukarela terdiri daripada komuniti pelbagai kaum yang diubah dan diselia oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Pertubuhan yang asalnya dikenali sebagai Komuniti Bestari telah ditukar namanya pada 24 Oktober 2010 sekaras dengan Gagasan 1 Malaysia yang menjadi tonggak pertubuhan ini.

Tujuan K1M dibentuk adalah untuk memupuk perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di ' namun bagi Sabah,Sarawak dan disamping mewujudkan masyarakat yang bermaklumat.

Penubuhan K1M berasaskan konsep 'Satu Mukim Satu Komuniti 1Malaysia',namun bagi Sabah,Sarawak dan Wilayah Perseketuan penubuhan K1M berdasarkan Dewan Undangan Nagari,Parlimen serta zon.Sehingga kini, terdapat sebanyak 1195 K1M di seluruh negara yang bergerak aktif secara sukarela dan berdikari.

Program Komuniti 1 Malaysia kali ini berlangsung di Padang Sekolah Vokasional Muar dari 3 - 5 March 2012.
 
   
PROGRAM RADIO LOKASI RTM JOHOR BERSAMA DUN PANTI (13 - 15 APRIL 2012)






Lagi...
   










 
Pengunjung Hari ini : 15
00011167

© 2006-2012 JOHORfm
JABATAN PENYIARAN MALAYSIA JOHOR

JALAN TASEK UTARA
80990 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM


NO.TELEFON : 07-2245666
NO. FAKS : 07-2245773
E-MAIL : rtmjb@johorfm.gov.my

 

PENOLAK TUNTUTAN : Kerajaan dan Jabatan Penyiaran Malaysia tidak akan bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang berakibat dari penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Dibangun & Diselenggara oleh
PortalTeam Johorfm & Multimedia University

Web design & streaming service provided by Multimedia University.